Cinta Tiga Segi?! (Part 1)
“Wah! cerahnya cuaca harini ! kan bagus kalau dapat bersenam tiap-tiap pagi macamni ” ,ujar Nadia sambil mengesat peluh dengan tuala ketika sedang berehat. Nadia gadis yang berumur 15 tahun, seorang gadis yang ganas tapi comel, suka benda lasak dan 'BAHAYA'. Akan menduduki PMR tahun ini.
“Hi! tengah bersenam ker…?” sampuk Razif dari belakang. Razif adalah kawan baik Nadia sejak dari darjah dua, dia seorang yang peramah dan sentiasa cool. Sebaya dengan Nadia.
“Eiii….! kan aku dah cakap jangan buat camtu lagi… ko pun tau yang aku ni seorang yang lemah semangat!!” Nadia memberi amaran, botol minumannya yang kosong habis direnyukkan. Bahaya minah sorang ni... kalau si Nadia ni cekik 'sumo' maka terbanglah nyawa si 'Sumo' itu....
“Ala… rilekla… aku cuma tegur jer bukannya apa.” seperti biasa Razif sentiasa cool, perwatakannya selalu disenangi Nadia. Sebenarnya dia blur....
“Err…. Zif, maaf tau… janganla ambik hati apa yang aku cakap tadi eh…? ” Nadia tidak mahu perkara remeh merenggangkan hubungan persahabatan mereka berdua.
“Hmm… perkara yang berlaku tadi lupakan jer…” kata Razif sambil membetulkan cap dengan memaparkan senyuman yang agak berlainan daripada biasa. Boleh dikatakan muka dia ada iras- iras sket macam katak puru. “Eh? kenapa pulak dengan dia ni? lain macam jer? ”kata hati Nadia.
Ah! lantaklah!
“Hello?”
“Kenapa nie?” Tanya Razif kehairanan. “Uh… takde papelah, cuma letih sikit jer…” jawab Nadia. Padahal letih banyak. “Oh…balik nanti rehat cukup-cukup tau” Razif yang memberi sedikit nasihat. “Ah iyelah… dah nak balik ni… jumpa lagi” sambil melambaikan tangan. “Bye!”
Sampai sahaja di rumah Nadia terus ke bilik air bagi menyejukkan badannya. Selesai sahaja mandi Nadia membawa laptopnya turun ke tingkat bawah.
“Ah! leganya! surf internet jap lah…”
Tiba-tiba Nadia terdengar satu suara memanggil namanya.
“Eh sapelah pulak panggil nie? kacau line betul ah! Mengganggu pagi yang aman aku jer...."
Nadia tidak menghiraukan pekikan itu. Kali ini dia ternampak satu bayangan, bayangan itu memang amat dia kenal. Bayangan itu makin lama makin dekat, dia betul-betul mengamati wajahnya. Rupa-rupa Mak cik Aida iaitu ibu Nadia, memang tidak disangka-sangkakan.
“Nadia!! Dah banyak kali mama panggil kamu, tapi masih tak berganjak, manusia jenis apa kamu ni?” Dah manusia jenis manusia lah... apa lagi...? banyak pulak soal pulak si orang tua ni. Nadia hanya mampu tersengih.
“Ala…rilekla mama… Nadia mana tau tu mama yang panggil” jawab Nadia.
“Masha-Allah! sudah 15 tahun kamu tinggal bersama mama, masih lagi tak cam suara mama? Nadia-nadia… apa nak jadi dengan kamu ni... ah... mama nak pergi pasar ni… tolong jaga rumah yer, pintu pastikan dikunci!”
Arah Mak Cik Aida. Kalau nak diikutkanlah nak aje Nadia tu bagi penampar kat mak dia, tapi dia tetap bersabar untuk mengharungi dugaan dan cabaran yang maha susah ini... “Baik cik !”.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home