Wednesday, June 16, 2010

Cinta Tiga Segi?! (Part 5)

"Lama benar aku tak jumpa engko, dah besar panjang pun anak buah kesayangan pakcik ni, muka pun manyak ensem wo.... "

Semenjak Khairil dan si dia berpisah, perit sungguh hatinya bagaikan Juliet ditinggalkan Romeo. Bahaya woo .....

"Macamana sekolah engko? Baik- baik jer kan?"

Ah sudah! kalau bab tanya menanya ni mesti ader yang tak kena. Tolonglah jangan tanya soalan yang bukan- bukan pakcik!!! mau gugur nanti jantungku yang comel ini! Uwa!!

"Baik ajer pakcik...." Jawab Khairil bersahaja.

"Betul.....?"

"Sungguh!!" Khairil mengangkat tangan paras bahu seakan- akan orang bersumpah.

"Hei- hei.... kat sana... " soalan yang ingin ditanya oleh Pak Cik Arjunaidi tersangkut apabila muka Khairil mula berkerut- kerut.

"Kat sss...sana.. ader apa Pak?" nafas Khairil mula tercungap- cungap.

Ah sudah! muncul lah pulak lawak antarabangsa oleh Pak Karut ni! bukan boleh dibuat main- main! Aku tau ar aku ni penakut, takyah lah ko buat lawak antarabangsa dengan semangat waja gitu! huhuhu...

"Kat sana mesti ader banyak buah tangan kan?"

"I... Iye ... kenapa Pak?"

Fuh I'm save babe! ader aje yang tak kena ngan Pakcik sorang ni. Ku ingat ape la tadi... yang penting I'm still alive babe!

"Nape ko tak bawak balik sikit buah tangan untuk aku kat sini, hah?"

"He he... takkan la Pakcik tak tau, sayakan budak kedekut yang tersohor. Paham hajelah yek....?" jawab Khairil acuh tak acuh.

"Iyelah... hah! ko dah makan ke belum?"

"Baru aje mau makan Pak! Tapi Pak udah ganggu petang yang aman kitaorang yang baru ajer nak makan!!" Jawab Khairil endah tak endah.

_________________________________________________________


"Whoa what the hack is those blacky things over there!?"

"Pisang goreng lah Pakcik..."

Ceh! Pandai lak dia speaking. Mengalahkan Mat Salleh lak tu!

"Oh no! My precious Pisang Goreng! Who's masak ini benda?"

"Nadia Pakcik...."

Jelingan tajam ditujukan ke arah Khairil. Habis ko nanti!

Grr... dak ni! takleh ko simpan rahsia aku! nak ajer aku sekeh dia nih!

"Nadia! betulkah kamu yang masak itu legam punya benda?"

"Yes...."

"Pergi buang..... Abah tidak sanggup lihat itu benda lagi.. huhuhu...."

"Yes abah...."

Banyak mengarut tol la abah aku nih.... orang dah goreng makan ajerlah ..... banyak lak songel dia. 2X5 abah+ Khairil= Banyak mengarut... huhuhu wat pertama kalinya aku terer dalam math.... huhuhu ....

Monday, April 12, 2010

Cinta Tiga Segi?! (Part 4)

Sebaik sahaja hidangan telah disiapkan, mereka bertiga pun duduk. Nadia hanya membisu, mukanya merah padam kerana rasa malu! Khairil tidak dapat menahan diri dari ketawa.

"Apsal ko ketawa hah?"

"Pfft! Aku tak tahan time ko goreng pisang goreng tu! Hangus weih! kalernya sama macam bont*t kuali yang setahun tak dibasuh! ape ar nak jadik ngan anak dara sekarang! wahahaha!"

"Gila kejam kau!"

Yes! aku memang gila kejam! Pembalasan babe!

"Rilek ar brader... aku maen- maen jer..... wahahaha!"

"Ah sudah! tak baik bergaduh depan rezeki!" Mak Cik Aida mencelah.

"Baik!" serentak mereka menjawab.

"Tok-tok-tok!" ketukan pintu membuatkan mereka semua terkejut.

"Assalamualaikum...!" jerit seseorang dari luar. Tanpa berlengah Mak Cik Aida pun bergegas ke pintu depan.

"Waalaikumsalam..." jawab mak cik Aida. Mak cik Aida hanya mampu tersenyum.

"Mama!! sape yang datang tu??!!" jerit Nadia. Khairil yang berada di meja bertentangan dengan tempat Nadia kehairanan.

Aik? budak ni tadi mood gila marah je... tiba- tiba terjerit sana sini macam orang kena sampuk, sah memang budak ni dah gila, orang gila pun tak segila dia. Kalau guna microphone mungkin boleh dengar sampai kat Afrika
.


"Ayah kamu ler... baru balik dari warung kopi Pak Mat." beritahu Mak Cik Aida.

Pak Cik Arjunaidi yang dikenali sebagai ayah Nadia cukup gemar berlepak bersama kawannya di warung kopi Pak Mat. Kadang- kadang dia bersembang sampai tak ingat dunia! Ni kalau gempa bumi dia mungkin buat tak tau je! Kalau tak bersembang dengan kawannya memang tak sah dia nih!

"Pak Cik Arjunaidi ke Mak Cik?!" jerit Khairil. "Aduh dah lama sungguh tak jumpa Pak Cik Arjunaidi. Rasa rindu plus masam- masam kelat pulak rasanya..."

Khairil bergegas ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Pak Cik Arjunaidi. Tiba- tiba muncul lah idea evil planning dia. Da lama dia tak tunjukkan kenakalan dia di hadapan orang Pakcik. Nampaknya teruklah Pak Cik Arjunaidi kalini. Mungkin dia yang akan jadi 'mangsa' yang seterusnya.

"Wah!!!! " sergah Khairil dari belakang. Pak Cik Arjunaidi yang sedang khusyuk membaca buku terkejut apabila disergah oleh Khairil.

"Astaghfirullahalazim!!" jerit Pak Cik Arjunaidi dengan nada yang terkejut. Malangnya nasib Pak Cik Arjunaidi kalini...

"Assalamualaikum Pak Cik!!!!!!!!!!!" jerit Khairil sekali lagi. Memang sah budak ni tak makan pil waras pagi tadi. Kalo tak dia takkan jadi camni...

"Waalaikumsalam warahmatullah.... yang engkau terjerit- jerit macam orang nak kena sunat ni ape kehe? Aku belum pekak lagi nak oi..." Kalau nak diikutkanlah nak aje si Pak Cik Arjunaidi ni bagi penampar+ penyepak+ tah hape- hape lagi lah...

"Engkau ni sape??" soal Pak Cik Arjunaidi yang inginkan kepastian. Kot- kot dia boyfriend Nadia ke, tak pasal- pasal kena angkut jugak anak dara manis dia karang. Naya jugak....

Mak aih orang tua ni... punyalah comel plus macho aku ni, takkanlah dia tak ingat.

"Ala pak cik ni.... takkan lah tak ingat budak yang comel plus handsome plus manis ni... kalau pak cik tengok betul- betul mesti pak cik cam punya..."


"Comel ta*k hidung kaulah! sape kau ni?! cakap kalau tak aku shoot kau karang!!" Hadui makhluk dua ekor ni... dah macam filem "Man In Black" pulak aku tengok. Ada ke nak main shoot- shoot?? Tak pasal- pasal ada jugak yang inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un...

"Ish pak cik ni... apa kejadahnya pak cik tiba- tiba nak main shoot- shoot pulak ni... kalau nak main pun bagilah saya ready untuk saya untuk amik meriam bom kesayangan saya. Aduh da lari topik pulak... saya ni Khairil la... Khairil Hafiz, takkanlah anak buah kesayangan pak cik ni pun tak ingat.

Khairil merupakan anak buah kegemaran Pak Cik Arjunaidi. Kalau korang teliti, makhluk dua ekor ni spesies 2x 5 jer...

"Khairil? oh my son!!! " jerit Pak Cik Arjunaidi. Khairil pun ape lagi... "Father!!!! I lap u!!!" jerit Khairil pula. Kan dah cakap, makhluk dua ekor ni sama spesies bukan?

Mereka berdua pun berpelukan, bak kata pepatah like father like son... yelah tu....

Mak Cik Aida hanya mampu ketawa.

Monday, March 8, 2010

Cinta Tiga Segi?! (Part 3)

"Makanan tuan telah saya siapkan, silalah makan...."

Khairil hanya membatu.

"Weih! tunggu apa lagi? makan ar....!"

"Tak boleh! aku kena orang suapkan aku. Baru ar aku bole makan!"

"What the....?!"

Oh Tuhan! Berikanlah petunjuk-Mu kepada Makhluk sekor yang gila ini.... Amin!

"Oitt! takkan ar ko suruh aku untuk suapkan.......? aper ko gila ka?!"

"Why not??? tak salahkan 'Darling'?"

Read more »

Cinta Tiga Segi?! (Part 2)

Sebaik sahaja Mak Cik Aida meninggalkan rumah, pintu-pintu segera dikunci. Yelah, takkanla nak dibukak.

“Ah! Aman sikit, boleh surf internet jap!” Nadia mula buka laman facebook, dan kemudian login, Nadia mula berasa pelik.

“Eh? seingat aku tak sampai sebulan aku buat account facebook, ni makin hari makin menimbun-nimbun plak friendlist aku, comel sangat kah aku ni? dah takde benda lain yang nak dibuat …nak chat kat Facebook …bosan... apa yang hanyaku lakukan hanyalah menatap laptop saje ….”

Sedang khusyuk Nadia mengelamun, ketukan pintu telah menyedarkannya dari dunia khayalan.

“Assalamualaikum… oh …Assalamualaikum...!! Mak Cik ….oh …Mak Cik…!” Terdengar suara seseorang dari luar, suaranya macam pernah didengar oleh Nadia.

“Eh? macam pernah dengar je suara tu?”
bisik hati Nadia. Tanpa membuang masa Nadia terus menuju ke pintu.

“Waalaikumsalam ! kejap ye…!” Apabila sebaik sahaja Nadia membuka pintu alangkah terkejutnya kerana sepupunya bertandang ke rumahnya. Sepupunya berumur 15 tahun sebaya dengan Nadia, namanya Khairil, seorang yang jahat! Dia juga terkenal dengan kenakalan dia, kalau bab buat nakal takkan terlepas punya. Mesti ada idea evil planning terbaru. Merupakan Playboy tersohor!

“Eh Khairil? Tak sangka ko nak datang,memang tak sangka…” kata Nadia…

“Eh? takkanlah tak tahu, semalam aku dah call mama ko yang aku akan datang."

Yelah.. takkanlah nak surat- menyurat lagi, duniakan dah maju. Setakat handphone touch ape lah mahal....

“Eh yeke… ish mama ni… bukan nak bagi tau pun…ah! takpelah, duduklah, nanti aku buatkan air, anggap macam rumah sendiri yer…” pelawa Nadia.

“Eh! tak payah susah-susah, malulah…” kata Khairil, sebenarnya tak pun...

“Eh…? apa yang nak dimalunya…? ko kan cousin aku, lagipun …ko mesti penatkan? Nadia memberi pendapat.

“Umm… ye tak ye jugak eh…? Okeh… kalau camtu… Milo ice satu jug kurang, manis ice lebih!!!" pinta Khairil. Makhluk sekor nih memang tak tau malu!

“Aiseh…ko ni… time malu sebijik cam perempuan, orang baru pelawa sikit…. apa da… ah iyelah air tuan akan aku siapkan secepat mungkin”…perli Nadia, Khairil hanya mampu tersenyum.

Sebaik sahaja Nadia menyiapkan air yang dipinta oleh Khairil, Nadia terus duduk diatas sofa bagi merehatkan badannya yang keletihan lantas terus menanyakan soalan kepada Khairil.

"Wei, aku nak tanya satu soalan boleh tak? tapi janji jangan marah tau?" tanya Nadia dengan nada yang agak tersekat-sekat.

" Laa...... tanya pun belum nak marah macamana, lagipun aku tak boleh janji yang aku takkan marah" terang Khairil,dia berasa agak pelik sedikit.

"Em..... sebenarnya kenapa ko datang sini ? Wat menyibuk jer weih ...." soal Nadia acuh tak acuh.

"Elleh...! ingatkan apalah soalan yang penting sangat yang ko nak tanya, apa da.... jawapan aku senang jer... tujuannya aku nak kacau ko..."

"Owh... What !!??"

"Rilek ar aku main- main jer.... Weih! ko takde sedia kan kuih ke apeke? aku lapar ar..." Perintah Khairil kepada Nadia.

Mereng tul la dia ni... dia ingat aku ni ape? orang gaji dia? sekurang- kurangnyer bagi ar tips... aku tak nak wat kerja secara FOC la weih! 'FOC bermaksud FREE OF CHARGE' tapi disebabkan permintaan mak aku ar aku kini terpaksa menurut perintah dia... kalau tak ringan ajer tangan aku bagi penampar hinggap kat muka dia!! hua!!!

"Menjunjung perintah Tuanku!" dengan langkah malas Nadia pergi ke dapur

"Bagus- bagus...."

Bagus si dak Nadia ni... boleh jadikan dia alat toy aku... wahahaha!!! Setelah sekian lama akhirnya aku jumpa toy aku jugak!!!!!



Cinta Tiga Segi?! (Part 1)

Wah! cerahnya cuaca harini ! kan bagus kalau dapat bersenam tiap-tiap pagi macamni ” ,ujar Nadia sambil mengesat peluh dengan tuala ketika sedang berehat. Nadia gadis yang berumur 15 tahun, seorang gadis yang ganas tapi comel, suka benda lasak dan 'BAHAYA'. Akan menduduki PMR tahun ini.



“Hi! tengah bersenam ker…?” sampuk Razif dari belakang. Razif adalah kawan baik Nadia sejak dari darjah dua, dia seorang yang peramah dan sentiasa cool. Sebaya dengan Nadia.


“Eiii….! kan aku dah cakap jangan buat camtu lagi… ko pun tau yang aku ni seorang yang lemah semangat!!” Nadia memberi amaran, botol minumannya yang kosong habis direnyukkan. Bahaya minah sorang ni... kalau si Nadia ni cekik 'sumo' maka terbanglah nyawa si 'Sumo' itu....


“Ala… rilekla… aku cuma tegur jer bukannya apa.” seperti biasa Razif sentiasa cool, perwatakannya selalu disenangi Nadia. Sebenarnya dia blur....


“Err…. Zif, maaf tau… janganla ambik hati apa yang aku cakap tadi eh…? ” Nadia tidak mahu perkara remeh merenggangkan hubungan persahabatan mereka berdua.


“Hmm… perkara yang berlaku tadi lupakan jer…” kata Razif sambil membetulkan cap dengan memaparkan senyuman yang agak berlainan daripada biasa. Boleh dikatakan muka dia ada iras- iras sket macam katak puru. “Eh? kenapa pulak dengan dia ni? lain macam jer? ”kata hati Nadia.


Ah! lantaklah!


“Hello?”


“Kenapa nie?” Tanya Razif kehairanan. “Uh… takde papelah, cuma letih sikit jer…” jawab Nadia. Padahal letih banyak. “Oh…balik nanti rehat cukup-cukup tau” Razif yang memberi sedikit nasihat. “Ah iyelah… dah nak balik ni… jumpa lagi” sambil melambaikan tangan. “Bye!”


Sampai sahaja di rumah Nadia terus ke bilik air bagi menyejukkan badannya. Selesai sahaja mandi Nadia membawa laptopnya turun ke tingkat bawah.


“Ah! leganya! surf internet jap lah…”


Tiba-tiba Nadia terdengar satu suara memanggil namanya.


“Eh sapelah pulak panggil nie? kacau line betul ah! Mengganggu pagi yang aman aku jer...."


Nadia tidak menghiraukan pekikan itu. Kali ini dia ternampak satu bayangan, bayangan itu memang amat dia kenal. Bayangan itu makin lama makin dekat, dia betul-betul mengamati wajahnya. Rupa-rupa Mak cik Aida iaitu ibu Nadia, memang tidak disangka-sangkakan.


“Nadia!! Dah banyak kali mama panggil kamu, tapi masih tak berganjak, manusia jenis apa kamu ni?” Dah manusia jenis manusia lah... apa lagi...? banyak pulak soal pulak si orang tua ni. Nadia hanya mampu tersengih.


“Ala…rilekla mama… Nadia mana tau tu mama yang panggil” jawab Nadia.



“Masha-Allah! sudah 15 tahun kamu tinggal bersama mama, masih lagi tak cam suara mama? Nadia-nadia… apa nak jadi dengan kamu ni... ah... mama nak pergi pasar ni… tolong jaga rumah yer, pintu pastikan dikunci!”



Arah Mak Cik Aida. Kalau nak diikutkanlah nak aje Nadia tu bagi penampar kat mak dia, tapi dia tetap bersabar untuk mengharungi dugaan dan cabaran yang maha susah ini... “Baik cik !”.