Monday, April 12, 2010

Cinta Tiga Segi?! (Part 4)

Sebaik sahaja hidangan telah disiapkan, mereka bertiga pun duduk. Nadia hanya membisu, mukanya merah padam kerana rasa malu! Khairil tidak dapat menahan diri dari ketawa.

"Apsal ko ketawa hah?"

"Pfft! Aku tak tahan time ko goreng pisang goreng tu! Hangus weih! kalernya sama macam bont*t kuali yang setahun tak dibasuh! ape ar nak jadik ngan anak dara sekarang! wahahaha!"

"Gila kejam kau!"

Yes! aku memang gila kejam! Pembalasan babe!

"Rilek ar brader... aku maen- maen jer..... wahahaha!"

"Ah sudah! tak baik bergaduh depan rezeki!" Mak Cik Aida mencelah.

"Baik!" serentak mereka menjawab.

"Tok-tok-tok!" ketukan pintu membuatkan mereka semua terkejut.

"Assalamualaikum...!" jerit seseorang dari luar. Tanpa berlengah Mak Cik Aida pun bergegas ke pintu depan.

"Waalaikumsalam..." jawab mak cik Aida. Mak cik Aida hanya mampu tersenyum.

"Mama!! sape yang datang tu??!!" jerit Nadia. Khairil yang berada di meja bertentangan dengan tempat Nadia kehairanan.

Aik? budak ni tadi mood gila marah je... tiba- tiba terjerit sana sini macam orang kena sampuk, sah memang budak ni dah gila, orang gila pun tak segila dia. Kalau guna microphone mungkin boleh dengar sampai kat Afrika
.


"Ayah kamu ler... baru balik dari warung kopi Pak Mat." beritahu Mak Cik Aida.

Pak Cik Arjunaidi yang dikenali sebagai ayah Nadia cukup gemar berlepak bersama kawannya di warung kopi Pak Mat. Kadang- kadang dia bersembang sampai tak ingat dunia! Ni kalau gempa bumi dia mungkin buat tak tau je! Kalau tak bersembang dengan kawannya memang tak sah dia nih!

"Pak Cik Arjunaidi ke Mak Cik?!" jerit Khairil. "Aduh dah lama sungguh tak jumpa Pak Cik Arjunaidi. Rasa rindu plus masam- masam kelat pulak rasanya..."

Khairil bergegas ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Pak Cik Arjunaidi. Tiba- tiba muncul lah idea evil planning dia. Da lama dia tak tunjukkan kenakalan dia di hadapan orang Pakcik. Nampaknya teruklah Pak Cik Arjunaidi kalini. Mungkin dia yang akan jadi 'mangsa' yang seterusnya.

"Wah!!!! " sergah Khairil dari belakang. Pak Cik Arjunaidi yang sedang khusyuk membaca buku terkejut apabila disergah oleh Khairil.

"Astaghfirullahalazim!!" jerit Pak Cik Arjunaidi dengan nada yang terkejut. Malangnya nasib Pak Cik Arjunaidi kalini...

"Assalamualaikum Pak Cik!!!!!!!!!!!" jerit Khairil sekali lagi. Memang sah budak ni tak makan pil waras pagi tadi. Kalo tak dia takkan jadi camni...

"Waalaikumsalam warahmatullah.... yang engkau terjerit- jerit macam orang nak kena sunat ni ape kehe? Aku belum pekak lagi nak oi..." Kalau nak diikutkanlah nak aje si Pak Cik Arjunaidi ni bagi penampar+ penyepak+ tah hape- hape lagi lah...

"Engkau ni sape??" soal Pak Cik Arjunaidi yang inginkan kepastian. Kot- kot dia boyfriend Nadia ke, tak pasal- pasal kena angkut jugak anak dara manis dia karang. Naya jugak....

Mak aih orang tua ni... punyalah comel plus macho aku ni, takkanlah dia tak ingat.

"Ala pak cik ni.... takkan lah tak ingat budak yang comel plus handsome plus manis ni... kalau pak cik tengok betul- betul mesti pak cik cam punya..."


"Comel ta*k hidung kaulah! sape kau ni?! cakap kalau tak aku shoot kau karang!!" Hadui makhluk dua ekor ni... dah macam filem "Man In Black" pulak aku tengok. Ada ke nak main shoot- shoot?? Tak pasal- pasal ada jugak yang inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un...

"Ish pak cik ni... apa kejadahnya pak cik tiba- tiba nak main shoot- shoot pulak ni... kalau nak main pun bagilah saya ready untuk saya untuk amik meriam bom kesayangan saya. Aduh da lari topik pulak... saya ni Khairil la... Khairil Hafiz, takkanlah anak buah kesayangan pak cik ni pun tak ingat.

Khairil merupakan anak buah kegemaran Pak Cik Arjunaidi. Kalau korang teliti, makhluk dua ekor ni spesies 2x 5 jer...

"Khairil? oh my son!!! " jerit Pak Cik Arjunaidi. Khairil pun ape lagi... "Father!!!! I lap u!!!" jerit Khairil pula. Kan dah cakap, makhluk dua ekor ni sama spesies bukan?

Mereka berdua pun berpelukan, bak kata pepatah like father like son... yelah tu....

Mak Cik Aida hanya mampu ketawa.