Monday, March 8, 2010

Cinta Tiga Segi?! (Part 3)

"Makanan tuan telah saya siapkan, silalah makan...."

Khairil hanya membatu.

"Weih! tunggu apa lagi? makan ar....!"

"Tak boleh! aku kena orang suapkan aku. Baru ar aku bole makan!"

"What the....?!"

Oh Tuhan! Berikanlah petunjuk-Mu kepada Makhluk sekor yang gila ini.... Amin!

"Oitt! takkan ar ko suruh aku untuk suapkan.......? aper ko gila ka?!"

"Why not??? tak salahkan 'Darling'?"

Read more »

Cinta Tiga Segi?! (Part 2)

Sebaik sahaja Mak Cik Aida meninggalkan rumah, pintu-pintu segera dikunci. Yelah, takkanla nak dibukak.

“Ah! Aman sikit, boleh surf internet jap!” Nadia mula buka laman facebook, dan kemudian login, Nadia mula berasa pelik.

“Eh? seingat aku tak sampai sebulan aku buat account facebook, ni makin hari makin menimbun-nimbun plak friendlist aku, comel sangat kah aku ni? dah takde benda lain yang nak dibuat …nak chat kat Facebook …bosan... apa yang hanyaku lakukan hanyalah menatap laptop saje ….”

Sedang khusyuk Nadia mengelamun, ketukan pintu telah menyedarkannya dari dunia khayalan.

“Assalamualaikum… oh …Assalamualaikum...!! Mak Cik ….oh …Mak Cik…!” Terdengar suara seseorang dari luar, suaranya macam pernah didengar oleh Nadia.

“Eh? macam pernah dengar je suara tu?”
bisik hati Nadia. Tanpa membuang masa Nadia terus menuju ke pintu.

“Waalaikumsalam ! kejap ye…!” Apabila sebaik sahaja Nadia membuka pintu alangkah terkejutnya kerana sepupunya bertandang ke rumahnya. Sepupunya berumur 15 tahun sebaya dengan Nadia, namanya Khairil, seorang yang jahat! Dia juga terkenal dengan kenakalan dia, kalau bab buat nakal takkan terlepas punya. Mesti ada idea evil planning terbaru. Merupakan Playboy tersohor!

“Eh Khairil? Tak sangka ko nak datang,memang tak sangka…” kata Nadia…

“Eh? takkanlah tak tahu, semalam aku dah call mama ko yang aku akan datang."

Yelah.. takkanlah nak surat- menyurat lagi, duniakan dah maju. Setakat handphone touch ape lah mahal....

“Eh yeke… ish mama ni… bukan nak bagi tau pun…ah! takpelah, duduklah, nanti aku buatkan air, anggap macam rumah sendiri yer…” pelawa Nadia.

“Eh! tak payah susah-susah, malulah…” kata Khairil, sebenarnya tak pun...

“Eh…? apa yang nak dimalunya…? ko kan cousin aku, lagipun …ko mesti penatkan? Nadia memberi pendapat.

“Umm… ye tak ye jugak eh…? Okeh… kalau camtu… Milo ice satu jug kurang, manis ice lebih!!!" pinta Khairil. Makhluk sekor nih memang tak tau malu!

“Aiseh…ko ni… time malu sebijik cam perempuan, orang baru pelawa sikit…. apa da… ah iyelah air tuan akan aku siapkan secepat mungkin”…perli Nadia, Khairil hanya mampu tersenyum.

Sebaik sahaja Nadia menyiapkan air yang dipinta oleh Khairil, Nadia terus duduk diatas sofa bagi merehatkan badannya yang keletihan lantas terus menanyakan soalan kepada Khairil.

"Wei, aku nak tanya satu soalan boleh tak? tapi janji jangan marah tau?" tanya Nadia dengan nada yang agak tersekat-sekat.

" Laa...... tanya pun belum nak marah macamana, lagipun aku tak boleh janji yang aku takkan marah" terang Khairil,dia berasa agak pelik sedikit.

"Em..... sebenarnya kenapa ko datang sini ? Wat menyibuk jer weih ...." soal Nadia acuh tak acuh.

"Elleh...! ingatkan apalah soalan yang penting sangat yang ko nak tanya, apa da.... jawapan aku senang jer... tujuannya aku nak kacau ko..."

"Owh... What !!??"

"Rilek ar aku main- main jer.... Weih! ko takde sedia kan kuih ke apeke? aku lapar ar..." Perintah Khairil kepada Nadia.

Mereng tul la dia ni... dia ingat aku ni ape? orang gaji dia? sekurang- kurangnyer bagi ar tips... aku tak nak wat kerja secara FOC la weih! 'FOC bermaksud FREE OF CHARGE' tapi disebabkan permintaan mak aku ar aku kini terpaksa menurut perintah dia... kalau tak ringan ajer tangan aku bagi penampar hinggap kat muka dia!! hua!!!

"Menjunjung perintah Tuanku!" dengan langkah malas Nadia pergi ke dapur

"Bagus- bagus...."

Bagus si dak Nadia ni... boleh jadikan dia alat toy aku... wahahaha!!! Setelah sekian lama akhirnya aku jumpa toy aku jugak!!!!!



Cinta Tiga Segi?! (Part 1)

Wah! cerahnya cuaca harini ! kan bagus kalau dapat bersenam tiap-tiap pagi macamni ” ,ujar Nadia sambil mengesat peluh dengan tuala ketika sedang berehat. Nadia gadis yang berumur 15 tahun, seorang gadis yang ganas tapi comel, suka benda lasak dan 'BAHAYA'. Akan menduduki PMR tahun ini.



“Hi! tengah bersenam ker…?” sampuk Razif dari belakang. Razif adalah kawan baik Nadia sejak dari darjah dua, dia seorang yang peramah dan sentiasa cool. Sebaya dengan Nadia.


“Eiii….! kan aku dah cakap jangan buat camtu lagi… ko pun tau yang aku ni seorang yang lemah semangat!!” Nadia memberi amaran, botol minumannya yang kosong habis direnyukkan. Bahaya minah sorang ni... kalau si Nadia ni cekik 'sumo' maka terbanglah nyawa si 'Sumo' itu....


“Ala… rilekla… aku cuma tegur jer bukannya apa.” seperti biasa Razif sentiasa cool, perwatakannya selalu disenangi Nadia. Sebenarnya dia blur....


“Err…. Zif, maaf tau… janganla ambik hati apa yang aku cakap tadi eh…? ” Nadia tidak mahu perkara remeh merenggangkan hubungan persahabatan mereka berdua.


“Hmm… perkara yang berlaku tadi lupakan jer…” kata Razif sambil membetulkan cap dengan memaparkan senyuman yang agak berlainan daripada biasa. Boleh dikatakan muka dia ada iras- iras sket macam katak puru. “Eh? kenapa pulak dengan dia ni? lain macam jer? ”kata hati Nadia.


Ah! lantaklah!


“Hello?”


“Kenapa nie?” Tanya Razif kehairanan. “Uh… takde papelah, cuma letih sikit jer…” jawab Nadia. Padahal letih banyak. “Oh…balik nanti rehat cukup-cukup tau” Razif yang memberi sedikit nasihat. “Ah iyelah… dah nak balik ni… jumpa lagi” sambil melambaikan tangan. “Bye!”


Sampai sahaja di rumah Nadia terus ke bilik air bagi menyejukkan badannya. Selesai sahaja mandi Nadia membawa laptopnya turun ke tingkat bawah.


“Ah! leganya! surf internet jap lah…”


Tiba-tiba Nadia terdengar satu suara memanggil namanya.


“Eh sapelah pulak panggil nie? kacau line betul ah! Mengganggu pagi yang aman aku jer...."


Nadia tidak menghiraukan pekikan itu. Kali ini dia ternampak satu bayangan, bayangan itu memang amat dia kenal. Bayangan itu makin lama makin dekat, dia betul-betul mengamati wajahnya. Rupa-rupa Mak cik Aida iaitu ibu Nadia, memang tidak disangka-sangkakan.


“Nadia!! Dah banyak kali mama panggil kamu, tapi masih tak berganjak, manusia jenis apa kamu ni?” Dah manusia jenis manusia lah... apa lagi...? banyak pulak soal pulak si orang tua ni. Nadia hanya mampu tersengih.


“Ala…rilekla mama… Nadia mana tau tu mama yang panggil” jawab Nadia.



“Masha-Allah! sudah 15 tahun kamu tinggal bersama mama, masih lagi tak cam suara mama? Nadia-nadia… apa nak jadi dengan kamu ni... ah... mama nak pergi pasar ni… tolong jaga rumah yer, pintu pastikan dikunci!”



Arah Mak Cik Aida. Kalau nak diikutkanlah nak aje Nadia tu bagi penampar kat mak dia, tapi dia tetap bersabar untuk mengharungi dugaan dan cabaran yang maha susah ini... “Baik cik !”.